Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 18, 2014

PERLUKAH TEKNOLOGI GARISAN GOL?



KUALA LUMPUR: Akhirnya teknologi garisan gol digunakan pada hari ke-empat perlawanan Piala Dunia 2014.

Percubaan pertama ketika Piala Konfederasi meyakinkan FIFA untuk menggunakan sistem ini bagi kejohanan di Brazil sekarang selepas mendapat persetujuan Lembaga FA Antarabangsa (IFAB).

Syarikat Jerman, GoalControl CMBH menjadi pembekal rasmi perkhidmatan ini.

Teknologi garisan gol pertama kali diuji ketika Liga Perdana Inggeris tahun lepas.

Walaupun sistem itu telah digunakan pada kejohanan Piala Dunia Kelab di Jepun dan Piala Konfederasi di Brazil tetapi kedua-dua kejohanan itu lancar tanpa sebarang kontroversi garisan gol.

Kamera akan mengesan pergerakan bola di atas padang di mana perisian komputer meneliti data dari kamera untuk mengesan sama ada bola sudah melepasi sudah garisan gol atau tidak.

Bagaimanapun IFAB menekankan teknologi itu tidak digunakan untuk membantu pengadil membuat sebarang keputusan lain ketika mengadili sesuatu perlawanan.

Malah masih ramai yang tidak setuju dengan penggunaan sistem ini kerana menyifatkan bola sepak tidak lari daripada kontroversi dan drama.

Dan ia sepatutnya terus begitu.



0 comments:

share2