Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 18, 2014

HUTAN MAKIN TERANCAM KESAN PEMBANGUNAN

Gambar hiasan

KUALA NERUS – Usaha memelihara dan memulihara hutan terutama di semenanjung perlu dilaksanakan dengan lebih serius memandangkan warisan khazanah negara itu kini semakin terancam disebabkan pembangunan yang begitu pesat.

Pengerusi Landskap, Tun Jeanne Abdullah berkata, semua pihak termasuk NGO berperanan penting untuk menyelamatkan hutan negara yang terkesan akibat pembangunan pesat hingga mengganggu ekosistem semula jadi.

“Kita sudah beri perlindungan, namun pembangunan yang begitu pantas mengakibatkan ekosistem hutan terjejas hingga berlaku pelbagai masalah antaranya kekurangan bekalan air, tanah runtuh dan lain-lain lagi. Ini disebabkan terlalu banyak pembangunan tanpa melakukan pembangunan semula hutan.

“Malah disebabkan itu juga, habitat di hutan turut terganggu hingga ada haiwan yang kelaparan, menyebabkan haiwan berkenaan menjadi ganas hingga berbahaya kepada manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menyampaikan ucaptama sempena Seminar Kebangsaan Mengenai Ekosistem Hutan Rawa 2014 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, semalam.

Turut hadir, mantan Perdana Menteri yang juga Penasihat Landskap, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Naib Canselor UMT, Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Pegawai Penyelidik Kanan Program Hutan Asli, Bahagian Perhutanan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan
Perhutanan, Dr Samsudin Musa.

Justeru, kata Jeanne, penanaman semula hutan diberi penekanan bagi memastikan ancaman terhadap ekosistem hutan negara mampu ditangani dengan sebaiknya.

“Perlindungan dan penanaman semula hutan perlu diberi perhatian sewajarnya agar dapat memulihkan semula hutan negara yang mempunyai nilai serta khazanah cukup besar,” katanya.



0 comments:

share2