Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 3, 2014

PELAJAR PENDIDIKAN KHAS TERIMA SUMBANGAN


KUANTAN - Seramai 45 pelajar pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Mentakab semalam menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis sempena Majlis Kempen Derma Darah 1 Malaysia.

Guru Besar SK Bandar Bera, Zulkifli Kadir berkata, sumbangan itu dapat menceriakan pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bersama rakan lain pada majlis itu.

“Mereka gembira menerima peralatan sekolah baru serta bersama sukarelawan yang sudi membantu dan berinteraksi selain guru dan keluarga yang dikenali,” katanya.

Majlis anjuran bersama Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh (Hoshas) dan sebuah syarikat korporat itu turut menarik lebih 100 pelanggan pasar raya mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit, Datuk Seri Dr Pearson Chia Tian Chai Dan Datin Sri Lilen Tan.

Sementara itu, Ketua Organisasi Kempen Derma Darah 1 Malaysia Kelab Mc Ocean Holding Sdn Bhd, Vikram berkata, pada penganjuran itu, seramai 91 penderma menderma darah bagi mengisi tabung darah di Hoshas untuk keperluan pesakit.

“Diharap pengisian aktiviti menderma darah membantu pesakit kembali menjalani kehidupan normal,” katanya.


0 comments:

share2