Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 28, 2014

KES CULIK TERSEBAR DI WHATSAPP


Kandungan teks tersebut yang tersebar di dalam media sosial dan WhatsApp.

Temerloh - Polis menafikan berlaku kejadian culik didalangi kumpulan penculik yang mengambil organ dalaman kanak-kanak di sebuah pasar raya di Mentakab seperti yang tersebar dalam WhatsApp sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, orang ramai dinasihati tidak mudah percaya dengan laporan terbabit dan ditegah menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Menurutnya, sehingga semalam polis tidak menerima sebarang laporan tersebut seperti yang didakwa berlaku di Mentakab.

“Setakat ini memang tidak ada laporan kejadian ini walau bagaimanapun kita nasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa supaya sentiasa berhati-hati dan mengawal pergerakan anak mereka,” katanya.

Anuar berkata, orang ramai juga dinasihati tidak mudah percaya dengan maklumat dari media sosial selagi ia belum disahkan polis.

Sejak dua hari lalu, tersebar teks melalui WhatsApp yang meminta orang ramai berjaga-jaga apabila berlaku kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak di sebuah pasar raya di Mentakab.

Teks tersebut menyatakan berlaku kejadian culik ketika sebuah keluarga kehilangan anak semasa sibuk memilih bawang.

Seorang lelaki India menolak keluar troli yang dinaiki anak pelanggan terbabit tetapi saya empat disedari ibu bapanya yang bertindak pantas menyelamatkan anak mereka.

0 comments:

share2