Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 29, 2014

HAMPIR 100% PINJAMAN MIKRO RAMADHAN DILULUS



PEKAN - Bank meluluskan hampir 100 peratus permohonan pinjaman mikro Ramadan yang dikemukakan oleh Pejabat Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata daripada 440 usahawan yang mengemukakan permohonan, 425 diluluskan dengan pinjaman antara RM1,500 dan RM3,000 tersebut.

"Dana khas untuk peniaga kecil ini memberi peluang pinjaman minimum sebanyak RM1,500 hingga RM3,000 dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM45 juta di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS)peringkat negeri Pahang di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, maklumat bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan menerusi Karnival Jelajah Usahawan mendapat reaksi yang baik daripada peniaga seluruh Pahang.

Katanya siri jelajah karnival di enam daerah negeri itu telah menyuntik semangat kepada peniaga untuk berusaha lebih keras bagi merebut peluang perniagaan yang disediakan oleh kerajaan.

Malah katanya jelajah itu juga berjaya menyuburkan budaya keusahawanan dalam kalangan anak-anak muda di seluruh Pahang setelah menyedari peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan.



0 comments:

share2