Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 25, 2014

HADIAH MENTERI BESAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG



Kuantan, 25hb Jun 2014- YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob hadir menyampaikan hadiah pada Majlis Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Pahang 2014 di Gambang Resort petang semalam.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak Yayasan Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang atas jalinan dan perkongsian strategik yang murni dalam memastikan Pahang sentiasa cemerlang, seterusnya mampu memertabatkan masyarakat berilmu pengetahahuan yang bertaraf dunia.

Peranan Kerajaan dalam kecemerlangan pendidikan di negara kita tidak dapat dinafikan dan Kerajaan Negeri Pahang sendiri melalui Yayasan Pahang membelanjakan lebih tiga suku billion ringgit bagi membantu lebih 900,000 pelajar sejak penubuhannya 30 tahun lalu.

Peruntukan yang besar ini meliputi pelbagai peringkat pengajian, semua masyarakat sehinggalah kepada masyarakat minoiti Orang Asli.

Sebelum itu, Pengurus Besar Yayasan Pahang dalam ucapannya memaklumkan seramai 309 orang pelajar dari pelbagai peringkat akan menerima Hadiah Menteri Besar Pahang berupa Sijil Penghargaan dan saguhati wang tunai RM200.00 setiap seorang.

Manakala sebanyak 73 buah sekolah terbaik dari seluruh Pahang pula akan menerima Pengiktirafan Sekolah dalam pelbagai kategori.






1 comments:

  • Anonymous says:
    June 29, 2014 at 11:58 PM

    Mana gambar2 yang lain? 309 org pnerima kan?

share2