Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 4, 2014

FELDA TIMBANG BERI IMBUHAN JIKA MENANG



Putrajaya: FELDA mempertimbangkan akan memberi imbuhan kepada pemain FELDA United FC sekiranya pasukan itu muncul juara dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pemberian imbuhan itu adalah perkara biasa bagi mana-mana pasukan yang menjuarai sesuatu perlawanan sukan. 

"Kita belum memikirkan imbuhan yang akan diberikan kepada pasukan terbabit sekiranya menjuarai perlawanan ini. Malah, bentuk imbuhan itu juga belum diputuskan lagi. 

"Pemberian ini adalah untuk mengiktiraf kejayaan yang dicipta lebih-lebih lagi ini adalah kali pertama kita berjaya melayakkan diri keperlawanan akhir Piala FA," katanya pada sidang media selepas majlis makan malam meraikan kejayaan penjelajah KE7B FELDA Greenland 2014 di sini, hari ini.



0 comments:

share2