Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 23, 2014

BH - NEELOFA TAK SERIK BERCINTA



Terlerai sudah cinta yang dibina sekian lama antara Neelofa, 25, dengan buah hatinya, Hans Isaac, 43. Dalam kalangan yang rapat dengan Neelofa dan Hans memang sudah lama tahu tahu mereka sebenarnya menjalinkan hubungan istimewa sejak hampir dua tahun lalu, meskipun dalam media massa mereka sering berdolak-dalik. 

Filem Lemak Kampung Santan menjadi saksi kepada permulaan jalinan cinta mereka. 

Apakan daya, kesudahan baik yang diharapkan tidak terjadi selepas pengacara program Nona dan Meletop itu mengakui percintaan mereka sudah berakhir sejak awal Februari lalu. Sebelum Hans, pemilik nama penuh Noorneelofa Mohd Noor ini pernah dikaitkan dengan selebriti lain seperti Shahrizal Jaszle dan pengacara program hlive!, Nabil Mahir.



0 comments:

share2