Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 27, 2014

BANTUAN KHAS KEJATUHAN HARGA GETAH BUKTI KEPERHATINAN KERAJAAN



Laporan: Abadi Romeo

Maran, 26.6.2014 - Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang mewakili DSDR YAB Menteri Besar Pahang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-28 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kuantan dan Maran Berhad di Kompleks Rakan Muda Daerah Maran.

Peringkat awal penubuhan KPK adalah bertujuan menyokong fungsi RISDA didalam memajukan industri perusahaan getah dengan menjalankan aktiviti pemasaran dan sebagainya, namun sesuai dengan peredaran masa dan keperluan KPK telah berjaya menceburi bidang selain dari getah dalam usaha mempelbagai sumber pendapatan.

Dengan seramai 5,469 ahli, KPK telah menjadi sebuah institusi sosial yang berteraskan ekonomi dengan keutamaan menjaga kepentingan ahli selain bermatlamat memaksimumkan keuntungan.

Bagi daerah Maran, sejumlah RM1,879.000.00 bakal diagihkan kepada 3,758 orang pekebun kecil getah sebagai bantuan one off dalam meringankan bebanan akibat kejatuhan harga getah.

Mereka yang layak menerima terdiri dari warganegara Malaysia yang memiliki kebun getah berkeluasan 2.5 hektar dan kebawah yang berdaftar dengan RISDA.

Ianya merupakan antara 33,315 pekebun kecil di Negeri Pahang dan membabitkan agihan peruntukan keseluruhan sebanyak RM16,657,500.00.

Turut hadir dimajlis tersebut, Pn. Norhayati wakil Suruhanjaya Malaysia Negeri Pahang, YH Dato' Rahman Daud Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pahang, Tn. Hj. Ahmad Sohor bin Awang Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kuantan dan Maran Berhad, En. Al Muzammel Subri Pegawai RISDA Daerah Maran serta peserta KPK.





0 comments:

share2