Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 21, 2014

13 DITEMBAK MATI SELEPAS SERANG POLIS


Beijing: Polis menembak mati 13 penyerang yang menceroboh masuk dengan kenderaan ke bangunan pejabat polis sebelum meledak bahan letupan yang turut mencederakan tiga anggota di Wilayah Xinjiang, barat China hari ini. 

Laman web The Tianshan berkata, setakat ini tiada orang awam dilaporkan cedera dalam kejadian awal pagi tadi di kawasan kediaman di Kashgar. 

Ia adalah kejadian serangan terbaharu yang melanda wilayah Xinjiang, dengan majoriti penduduk Islam Uighur yang menuntut kuasa autonomi dari Beijing.

0 comments:

share2