Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 18, 2014

WARGA EMAS DITEMUI MAUT DI KEBUN


Raub - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan meniarap di kebunnya dekat sini, petang kelmarin selepas didakwa tidak pulang ke rumah sejak hari kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Chong Sow Fah, 60, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh ahli keluarganya dipercayai tergelincir dari lereng bukit.

Menurutnya, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 7.30 pagi kelmarin untuk ke kebunnya yang terletak di kawasan ladang sawit Raub Mining Development Co. (RMDC).

“Kira-kira jam 6.30 petang, mangsa masih belum pulang, justeru anak saudaranya memutuskan untuk mencarinya di kebun dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya.

Menurutnya, keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis dan pegawai penyiasat bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan terbabit.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal ke atas badan mangsa dan tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian terbabit.

“Bedah siasat pada jam 8 pagi semalam mendapati punca kematian mangsa disebabkan patah tengkuk akibat terjatuh dari lereng bukit,” katanya.

0 comments:

share2