Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 18, 2014

174 KELUARGA MANGSA BANJIR TEMERLOH TERIMA BANTUAN

Temerloh - Sebanyak 174 keluarga mangsa banjir di kawasan Parlimen Temerloh menerima bantuan berupa peti sejuk dan set televisyen semalam.

Bantuan daripada kerajaan pusat itu disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian Temerloh Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin di pekarangan pejabat Umno di Mentakab.

Mohd Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkata sebahagian besar rumah mangsa terbabit ditengelami air menyebabkan barang-barang kelengkapan rumah dan perabot musnah dalam bencana awal Disember lepas.

"Bantuan yang diberikan itu sebagai tanda simpati kerajaan kepada mereka yang terlibat dan diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka," katanya selepas menyampaikan sumbangan.

Bantuan itu yang disampaikan secara berperingkat sejak awal tahun ini, merupakan sumbangan kerajaan pusat, Umno, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Kelab Putera 1Malaysia kepada semua mangsa banjir di beberapa negeri dengan Kemaman di Terengganu dan Kuantan, Pahang paling teruk terjejas.

0 comments:

share2