Muda, bertenaga, penuh semangat dan memiliki keyakinan tinggi. Barangkali, ia paling tepat untuk menyimpulkan keistimewaan yang dimiliki kedua-dua wanita muda berusia awal 20-an ini.
Walaupun kedua-duanya bertubuh kecil dan terserlah sifat kewanitaan, ia tidak membataskan mereka untuk menyahut cabaran lasak. Kebetulan, Norsha Hidayah Badlishah, 23, dan Chu Ai Seng, 25, sememangnya meminati aktiviti kecergasan dan membabitkan pergerakan fizikal.
Justeru, Norsha Hidayah yang lebih senang dikenali sebagai Scha dan Chu, sama sekali tidak teragak-agak untuk menyertai pertandingan cabaran, KIX HD "Are You Tough Enough?" Challenge yang berlangsung di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment