Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 20, 2014

PENCAPAIAN KDNK SUKU PERTAMA CEMERLANG




Najib Tun Razak, diiringi Pengarah Urusan Lulu Group, Yusuffali M. A. (kanan) meninjau sekitar pasa raya Lulu Hypermarket semasa melakukan lawatan ke pasar raya tersebut di Abu Dhabi semalam.



Abu Dhabi - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 6.2 peratus bagi suku pertama tahun ini boleh dianggap begitu cemerlang.

"Ia menjangkau apa yang diandaikan oleh pakar-pakar (ekonomi)," kata beliau kepada media Malaysia selepas menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Felda dan Lulu Group International di sini semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pencapaian itu menunjukkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia adalah tinggi.

Pertumbuhan KDNK negara disasarkan berada di sekitar 4.5 and 5.5 peratus keseluruhan bagi tahun ini.

"Pelaburan swasta telah meningkat dengan begitu tinggi. Di samping itu kemampuan kita menembusi pasaran dengan peningkatan eksport melebihi import turut menyumbang kepada kejayaan di luar jangkaan ini," kata Najib.

"Penggunaan swasta juga meningkat," tambahnya.

Pada Jumaat lepas, Bank Negara Malaysia mengumumkan KDNK Malaysia meningkat kukuh kepada 6.2 peratus kepada RM256.9 bilion pada suku pertama 2014 berbanding 4.2 peratus pada suku yang sama tahun lepas, didorong oleh permintaan dalam negeri dan pemulihan eksport bersih.

Permintaan domestik berkembang 7.4 peratus pada suku itu manakala penggunaan swasta kukuh pada 7.1 peratus berikutan perbelanjaan yang terus menyokong berikutan kedudukan pasaran buruh yang baik dan kadar upah yang lebih tinggi.

0 comments:

share2