Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 24, 2014

PELAJAR LEMAS DI SUNGAI PAHANG

Kuantan - Seorang pelajar tingkatan dua ditemui mati lemas selepas kira-kira 10 minit tenggelam dalam arus deras ketika mandi dengan beberapa rakannya di Sungai Pahang dekat Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Asisten Komisioner Tey Kong Seng berkata, mayat Mohamad Firdaus Mohd Zahir, 14, beralamat di Felda Kota Gelanggi 1 ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira 3.25 petang.

"Polis menerima maklumat kehilangan mangsa pada jam 3.15 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian, bagaimanapun mayat mangsa dijumpai sepuluh minit kemudian di kawasan dia dilaporkan hilang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat yang mengesahkan kematiannya akibat lemas.

"Keluarga mangsa sudah menuntut jenazah mangsa bagi urusan pengebumian," katanya.

0 comments:

share2