Putrajaya - Jamal Muhamad, 75 atau lebih mesra disapa Pak Cik Jamal menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Jamal yang juga personaliti televisyen veteran popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM di era 80-an mengalami sesak nafas sejak kelmarin.
Dilaporkan, Allahyarham tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.
Allahyarham turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) berikutan baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.
0 comments:
Post a Comment