Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 15, 2014

MB RASMI PELANCARAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH PAHANG 2014



Kuantan, 15hb Mei 2014 - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Kelab Kitar Semula Sekolah-Sekolah Negeri Pahang.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh YAB DSdR Dato' Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang di Hotel Vistana, Kuantan jam 3.30 petang tadi.

PPSPPA Negeri Pahang telah berkerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam mentransformasikan minda masyarakat bermula dengan pelajar-pelajar diperingkat sekolah rendah dan menengah.

Dalam ucapannya, MB Pahang menekankan pentingnya menghayati 3R, iaitu Reduce, Reuse dan Recycle. kepada penjagaan dan kelastarian alam sekitar.

Turut hadir dimajlis berkenaan, Exco Perumahan Negeri Pahang YB Dato' Wan Rosdy dan beberapa jemputan.

Menteri Besar Pahang juga turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang beberapa kategori yang dipertandingkan.

0 comments:

share2