Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 15, 2014

KESAL BELIA BERJUDI




Raub - Pemuda Umno Bahagian melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir anak muda daerah ini yang gemar ke pusat perjudian siber yang terletak di Benta.

Ketua Pemuda, Mohd Azra Abdul Wahab berkata, beliau dan jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian sudah beberapa kali membuat pemantauan di pusat perjudian itu.

Menurutnya, beliau sempat menemu bual beberapa pengunjung yang rata-ratanya masih belajar, anak muda yang bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.

“Kami melihat sendiri bagaimana pusat perjudian terbabit menerima kunjungan golongan muda dan pelajar, malah 99 peratus daripadanya adalah masyarakat Melayu.

“Turut kelihatan beberapa golongan muda yang merupakan anak kelahiran daerah ini yang dikenali termasuk seorang kenalan yang baru melahirkan cahaya mata berkunjung ke tempat itu, sekali gus menimbulkan kesesalan kami,” katanya.

Justeru, beliau menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi membendung masalah perjudian siber terbabit.

“Gejala ini perlu dibendung kerana bukan sahaja merosakkan moral dan akhlak anak Melayu beragama Islam, malah boleh membawa kepada kegiatan tidak sihat,” katanya.

Mohd Azra berkata, dengan adanya kerjasama semua seperti pihak berkuasa, ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan, beliau yakin gejala judi terbabit dapat dibanteras dengan lebih mampan.

0 comments:

share2