Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 31, 2014

KEJAYAAN JSJK PAHANG




Pasukan Op Cantas Khas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat polis kontinjen Pahang diketuai oleh Inspektor Chia Che Chau telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah kondominium di Genting Highlands pagi semalam.

Suspek, tiga lelaki cina berjaya diberkas bersama10,956 keping 'call card', dua cop stampad, tiga telefon tangan, 12 helai kertas disyaki rekod urusan pinjaman wang, empat buku nota kecil disyaki rekod pinjaman wang dan 69 keping DVD lucah.

Kes disiasat di bawah seksyen 29 Akta Pemberi Pinjam Wang dan dan seksyen 292 Kanun Keseksaan.

0 comments:

share2