Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 24, 2014

KAYUHAN 'KUANTAN CENTURY RIDE' 1 JUN 2014



Kuantan, 22hb Mei 2014 - Pelancongan Pahang akan mengadakan program berbasikal 'Kuantan Century Ride' pada 1hb Jun 2014 nanti.

Demikian dinyatakan oleh Tuan Haji Edros Yahya, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang ketika ditemui.

Menurut beliau, kayuhan berkenaan adalah acara tahunan bagi mempromosikan Kuantan kepada pelancong asing dan tempatan khusus kepada peminat acara berbasikal. Ini adalah tahun ke-3 acara ini diadakan dan sambutan semakin meningkat dengan mendapat sambuant hebat termasuk dari penyertaan peserta luar negara.

Selain dari kayuhan sejauh 160KM, acara ini juga akan memperkenalkan destinasi dan produk pelancongan berpotensi sekitar Pekan dan Kuantan dimana destinasi dan produk berkenaan dimasukkan dalam peta laluan.

'Kuantan Century Ride' adalah acara 'fun ride' yang tidak menawarkan sebarang hadiah, namun bagi tujuan dan urusan acara bayaran penyertaan sebanyak RM120.00 seorang dikenakan.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi En. Hanif di Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang di talian 09-5717117.



0 comments:

share2