Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 22, 2014

JEJAK USAHAWAN IBU TUNGGAL



Kuantan, 21hb Mei 2014 - YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang bersama-sama beberapa agensi berkenaan serta wartawan telah meluangkan masa mengadakan lawatan kebeberapa rumah ibu-ibu tunggal disekitar Dun Tanjung Lumpur, Kuantan petang tadi.

Lawatan berkenaan bertujuan memantau ibu-ibu tunggal yang terlibat dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Usaha ini dilakukan dengan harapan dapat memberikan bantuan yang sepatutnya kepada mereka bagi mempertingkatkan kemapuan dalam bidang keusahawanan.

Seramai 5 orang usahawan ibu tunggal dilawati petang tadi. Antaranya menguruskan perniagaan pembuatan keropok dan makanan sejuk beku, ternakan itik dan pembuatan telur jeruk dan jahitan dan tenunan.

Dalam kenyataan akhbarnya, YB Dato' Shahaniza berkata, pihak kerajaan negeri akan teruskan usaha menjejak usahawan ibu tunggal ini disemua Dun-dun seluruh Pahang dan berusaha membantu mereka dengan mendapatkan pelbagai jenis bantuan dari berbagai agensi kerajaan yang ada. Dengan usaha itu diharapkan usahawan ibu tunggal berkenaan akan dapat terus maju dalam sebarang usaha yang mereka laksanakan.

Kerajaan sentiasa menawarkan bantuan yang diperlukan, cuma kadangkala usahawan itu sendiri tidak mengetahui adanya berbagai pinjaman dan bantuan yang kerajaan sediakan untuk mereka akibat kekurangan maklumat.

Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan kerjasama Ketua Kampong, pemimpin masyarakat dan NGO setempat sangat diharapkan dalam menyampaikan maklumat dan mengenalpasti usahawan ibu tunggal yang berpotensi untuk diberikan bantuan.









0 comments:

share2