Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 15, 2014

HARUS BERI JAMINAN INSIDEN TIDAK BERULANG




Shah Alam - Tindakan tiga Adun Umno Terengganu yang menggemparkan arena politik tanah air sejak beberapa hari lalu perlu beri jaminan mereka tidak akan mengulangi insiden yang sama pada masa akan datang.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata demikian sebagai mengulas tindakan pusingan 'U' yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) dan menyertai semula Umno semalam selepas mereka mengumumkan keluar parti kelmarin.

"Mungkin calon-calon ini membuat keputusan secara emosi, kecewa dan sedikit terburu-buru."

"Apabila mereka sedar kesan dan natijah yang dilihat terjadi akibat dari keputusan yang diambil mereka, jadi mereka kembali menyertai parti pimpinan yang telah ditinggalkan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, tumpuan terarah ke Terengganu selepas Ahmad dilaporkan keluar Umno selepas meletak jawatan menteri besar.

0 comments:

share2