BEKAS bintang England, David Beckham meminta pemain The Three Lions supaya tidak gusar andai perlu berhadapan sepakan penalti dalam satu-satu perlawanan.
Bagi rekod, England sering kali gagal di kejohanan utama sekiranya keputusan permainan ditentukan menerusi tendangan penalti.
Mereka tewas 2-4 di tangan Itali pada saingan suku akhir Piala Eropah 2012, kalah 1-3 kepada Portugal di Piala Dunia 2006 dan disingkirkan Argentina dengan 3-4 (Piala Dunia 1998).
Namun, Beckham optimis masalah itu akan berakhir di Piala Dunia Brazil.
"Mungkin kami terlalu berlebihan memikirkan hal tersebut. Tentu saja kami tidak pernah menuai kejayaan hebat di kejohanan besar.
"Steven Gerrard mencetak gol hebat (penalti) dan penting beliau berjaya dengan Liverpool musim ini. Kami juga ada beberapa pemain muda yang semakin berkembang dan kami tidak perlu khuatir dengan perkara ini," katanya.
Sementara itu, bekas pemain tengah Manchester United ini beranggapan England tiada alasan untuk tidak boleh melangkah jauh kempen kali ini.
"Memang kami berada dalam kumpulan maut. Tapi, pemain akan bertambah semangat apabila bertemu pasukan hebat seperti Itali yang kami akan tentang nanti," katanya.
0 comments:
Post a Comment