Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 25, 2014

DATO' SHAHANIZA DI ACARA PURPLE WALK PAGI TADI





Kuantan, 25hb Mei, 2014 - Acara 'Purple Walk' sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2014 diadakan serentak diseluruh Negara hari ini.

Pagi tadi, di Taman Gelora, Kuantan seramai lebih 500 orang telah hadir untuk menyertai acara tersebut. 

Acara Purple Walk ini sepatutnya berlangsung pada 19hb Mei lalu, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan turut bersimpati atas kehilangan pesawat MH370 tempoh hari.

Berbagai aktiviti dijalankan sempena Acara Purple Walk pagi tadi. Antaranya adalah senamrobik.

Purple Walk dirasmikan oleh YB Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, merangkap Adun Kuala  Sentul.

YB Dato' Shahaniza turut melancarkan PERWANI yang sehingga kini berjumlah sebanyak 5,669 komuniti telah ditubuhkan.










0 comments:

share2