Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 26, 2014

KEMARAU MUSIM KEDUA LEBIH PANJANG

Gua Musang - Semenanjung Malaysia dijangka mengalami musim kemarau yang panjang apabila perubahan angin monsun berlaku pada minggu pertama atau kedua Mei ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, kementerian sudah bersedia dengan langkah-langkah perlu termasuk melakukan pembenihan awan bagi menurunkan hujan.

Perubahan angin monsun itu membawa cuaca kering di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak akan mengalami hujan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Inovasi Keusahawanan dan Herba Kelantan 2014, di sini semalam. 

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan masyarakat agar tidak melakukan pembakaran terbuka sepanjang musim kemarau pusingan kedua berkenaan.

Karnival anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kelantan bersama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Kesedar, Datuk Mohd Rozali Isohak dan Timbalan Pengurus Besar Kesedar, Fazam Mat Lazim.

0 comments:

share2