Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 30, 2014

15 LAGI KENA SEKATAN EU




Brussels- semalam membekukan aset dan menguatkuasakan larangan perjalanan ke atas 15 lagi individu termasuk Timbalan Perdana Menteri Rusia Dmitry Nikolayevich Kozak dan Ketua Tentera Jeneral Valery Gerasimov.

Senarai terbaharu itu menjadikan jumlah individu yang dikenakan sekatan oleh EU sejak insiden pencerobohan Crimea kini mencecah 48 orang lapor AFP.

Selain itu, 22 warga Ukraine juga berhadapan tindakan sama berikutan kesemua mereka sedang disiasat oleh kerajaan sementara atas dakwaan melakukan penipuan dan penggelapan wang. 

Keputusan EU diumumkan serentak dengan pengumuman Rumah Putih yang turut mengenakan sekatan ke atas tujuh warga Rusia dan 17 syarikat.

Tindakan Washington dilihat lebih agresif kerana EU hanya menyasarkan individu berikutan kebanyakan negara Eropah masih bergantung sepenuhnya dengan sumber tenaga dari Rusia selain mempunyai hubungan perdagangan yang rapat dengan Moscow.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Eropah dilaporkan telah merangka senarai untuk mengenakan sekatan ekonomi lebih ketat ke atas Rusia.

0 comments:

share2