Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 27, 2014

TEORI KONSPIRASI - MALAYSIA SEDANG CUBA DIMUSNAHKAN AGENDA BARAT


Epsiod kehilangan MH370 hampir sampai ke penghujungnya, pada fasa ini. Di selatan Lautan Hindi diletakkan nokhtah kepada kehilangannya. Setelah menjangkau 18 hari pencarian, kesemua penumpang dan anak kapal 'harus' disahkan sebagai sudah mati kerana menurut hukum akal, tiada siapa lagi yang mampu bertahan selama itu jika pesawat terhempas di lautan dan ketiadaan sumber makanan dan minuman.

Dilaman-laman media sosial tersebar meluas beberapa teori konspirasi yang melibatkan kuasa besar dunia. US, Russia dan China juga disebut-sebut sebagai antara kuasa besar yang bersaing dalam pelan konspirasi berkenaan, bahkan puak Taliban Afghanistan juga dikaitkan sama.

Dalam kes kehilangan pesawat MAS yang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing baru-baru ini, mungkin ada antara kita yang masih belum lupa, sejurus setelah pesawat MH370 dilaporkan hilang, pemimpin wanita pembangkang dengan secepatnya menyatakan dilaman tweeternya; "Jika saya kata kehilangan MH370 kerana pelampau agama (Islam), kamu mau kata apa?" Demikianlah keadaannya namun persoalannya, apakah skrip dan sinopsis tentang kehilangan MH370 sudah diterima oleh mereka lebih awal lagi sehingga pembangkanglah yang nampaknya lebih tahu mengenai segalanya yang berlaku.

CNN dalam applikasi media 'youtube'nya menuduh kerajaan Malaysia sebagai pengganas dan Yang DiPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagai pemimpin pengganas berikutan kehilangan MH370. Ini adalah propaganda barat dalam agendanya untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Tentu kita masih ingat bagaimana Saddam Hussein dan Iraq dijatuhkan tidak lama dulu dengan menuduh Iraq memiliki senjata nuklear berbahaya dunia sedangkan hakikatnya itu hanyalah alasan mereka untuk menghalalkan mereka menyerang Iraq semata-mata.

Kita kena sedar bahawa negara kita sedang diperhatikan dan dalam perancangan untuk dijajah dalam  era moden dimana kuasa besar dunia akan berusaha membantu menaikan seorang pemimpin yang bersedia menjadi boneka mereka, yang cenderung kepada dasar-dasar mereka dalam mencapai hasrat mereka menguasai rantau ini selain dari menguasai sumber yang kita miliki.

Ramai percaya bahawa serangan terhadap Iraq bukanlah atas alasan membebaskan Iraq dari kekejaman pemerintahan Saddam, sebaliknya hanyalah menguasai kekayaan dan pemilikan telaga minyak yang Iraq miliki. Justeru bukan mustahil Malaysia ingin dikuasai bukan sahaja kerana pemilikan dan simpanan telaga minyak yang kita ada bahkan penguasaan terhadap Selat Melaka dan Laut China Selatan bagi menyaingi kuasa negara China yang sudah jelas kelihatan akan menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia disamping kuasa ketenteraannya.

US dan barat juga sedar akan kuasa yang masih ada pada Russia yang juga mampu untuk bangkit semula. Terkini perang dingin bermula semula diantara US dengan Rusia dan itu juga dikaitkan dengan antara penyebab kehilangan MH370 menurut salah satu teori konspirasi.

Malangnya kita sebagai pemiliK negara Malaysia 'Tanah Melayu' yang beragama Islam masih bertelagah sesama sendiri dan membuka ruang yang luas untuk kita di'jajah'. Bahkan diwaktu kita harus menunjukkan sokongan dan kekuatan kita dari serangan musuh, namun ketika itulah pula kita berpecah-belah dan bertelagah sesama sendiri.

Mungkin sama ada secara sedar atau tanpa sedar kita merelakan negara kita jadi porak-peranda sebagaimana yang berlaku kepada negara Iraq dan Mesir, serta negara-negara Islam lainnya. Agenda besar yahudi dan barat adalah menghapuskan negara Islam dan Malaysia adalah antara sasarannya kerana Malaysia dilihat sebagai negara contoh dan pemimpin didunia ketiga yang kelihatan cemerlang menuju kemajuan.

Mungkin sesetengah orang tidak peduli dan berpendapat bahawa tidak ada bezanya kehidupan dan kebebasan kita sekarang ini dengan apabila kita di'jajah' dan dikuasai oleh proksi barat, namun apakah kehidupan rakyat Iraq dan Mesir menjadi lebih baik dari sebelunya ketika ini?  Bagi yang tahu, sudah pasti mereka akan mengatakannya tidak dan sebenarnya rakyat negara-negara itu menangisi dan merindui kehidupan mereka yang dahulu. Semoga ianya tidak akan terjadi kepada negara kita yang kita akui kita sayangi dan akan tetap menjadi tanah tumpah darah kita selamanya.

Editor.

3 comments:

  • Unknown says:
    March 27, 2014 at 2:50 PM

    sejak peliwat bebas, negara dah mula huru hara..cina dah makin kurang ajar..tapi apa kerajaan buat ?

    hapuskan isa..hebat kan :)

  • Unknown says:
    April 3, 2014 at 6:47 PM

    saya sendiri sokong isa diwujudkan semula...

  • Anonymous says:
    May 1, 2015 at 8:26 PM

    wajar isa diwujudkan..tidak perlu tunduk

share2