Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 8, 2014

MB KUTUK PIHAK SEBAR KHABAR ANGIN




Kuantan - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengutuk tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar khabar angin menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), blog dan Facebook, kononnya kebakaran hutan di Gebeng baru-baru ini menyebabkan kilang Lynas terbakar.

Beliau berkata kebakaran hutan yang terletak kira-kira dua kilometer dari kilang pemprosesan nadir bumi itu berpunca daripada cuaca panas yang melanda seluruh negara dan tidak langsung menjejaskan operasi kilang itu.

“Kebakaran itu kebakaran hutan biasa sahaja akibat cuaca panas dan kering yang berlaku bukan sahaja di negeri ini tapi di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kecemerlangan Kokurikulum peringkat negeri anjuran Yayasan Pahang di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Adnan meminta Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kemajuan Masyarakat agar lebih proaktif dan cekap dalam menyediakan senarai nama mangsa banjir di Pahang.

Ini bagi mengelak mangsa daripada tercicir mendapat bantuan yang disalurkan kerajaan negeri dan persekutuan.

“Saya harap mereka lebih proaktif, pergi ke kampung-kampung, daftarkan nama mereka (penduduk) setiap orang mengikut kampung yang terlibat (banjir) bagi memastikan semua mendapat bantuan,” katanya. 

0 comments:

share2