Kuala Lumpur - Fokus Malaysia tidak berganjak dan sentiasa konsisten dengan pendirian mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 meskipun timbul pelbagai tuduhan dan spekulasi, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata operasi mencari tetap diteruskan meskipun negara lain yang terbabit dalam usaha itu menarik diri.
"Tetap... dan kita akan terus bersandarkan kepakaran pasukan Perancis. Dalam hal ini, kita berjumpa dengan mereka (bagi berbincang) mengenai cara dan cabaran dalam masa dua tahun mencari kotak hitam yang diperlukan," katanya dalam sidang media harian perkembangan terkini insiden MH370 di sini semalam.
Hishammuddin berkata maklumat daripada pasukan Perancis itu turut dikongsi dengan negara lain yang turut terbabit dalam operasi mencari MH370 melibatkan aspek keluarga selain teknologi pencarian di lautan dalam serta aset yang digunakan.
Pasukan Agensi Keselamatan Penerbangan Perancis (BEA), yang terlibat dalam penyiasatan nahas udara pesawat Air France 447 pada 2009, turut menghulur bantuan kepakaran dan pengalaman kepada pihak berkuasa Malaysia bagi mencari MH370.
Semasa mengumumkan tragedi yang menimpa pesawat itu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan analisis baharu oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada 8 Mac.
Pengumuman Najib menamatkan penantian selama 17 hari dalam usaha mencari dan menyelamat yang disifatkan sebagai terbesar dalam sejarah membabitkan 26 negara dengan menggerakkan segala sumber mereka bagi mencari pesawat malang itu.
Spekulasi akan terus menyelubungi misteri kehilangan MH370 sehinggalah kotak hitam pesawat itu dijumpai. Semasa mengumumkan tragedi yang menimpa pesawat itu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan analisis baharu oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada 8 Mac.
Pengumuman Najib menamatkan penantian selama 17 hari dalam usaha mencari dan menyelamat yang disifatkan sebagai terbesar dalam sejarah membabitkan 26 negara dengan menggerakkan segala sumber mereka bagi mencari pesawat malang itu.
Spekulasi akan terus menyelubungi misteri kehilangan MH370 sehinggalah kotak hitam pesawat itu dijumpai. Disoal mengenai alasan berhubung kemungkinan penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, Hishammuddin berkata ia memerlukan proses yang amat rumit termasuk menyokong serta mengesahkan data satelit dan radar selain petunjuk lain sebelum sebarang rumusan boleh dibuat.
Beliau berkata pihak berkuasa kini meneliti aset dan peralatan tertentu bagi mengesan MH370 dan kotak hitam pesawat berkenaan.
Katanya, satu mesyuarat akan diadakan dengan wakil Tentera Amerika Syarikat di rantau Pasifik bagi membincangkan jenis alat pengesan yang terbaik bagi mencari kotak hitam di selatan Lautan Hindi.
Hishammuddin juga berkata Malaysia kekal sebagai penyelaras operasi yang membabitkan 26 negara itu meskipun terdapat pelbagai petunjuk dikesan di selatan Lautan Hindi di mana Australia menerajui pasukan mencari di kawasan berkenaan.
Sementara itu, seorang wartawan dari China meminta Hishammuddin menjelaskan mengapa ada kelewatan di pihak kerajaan Malaysia untuk mendedahkan data yang diperoleh satelit Inmarsat.
Hishammuddin berkata pihaknya menerima data satelit dari China membabitkan pengesanan objek di Laut China Selatan yang mengalih tumpuan mereka daripada operasi mencari dan menyelamat namun hasilnya adalah negatif.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata maklumat itu sememangnya diterima pada 12 Mac.
"Bagaimanapun kita perlu meneliti maklumat itu dan berkongsi dengan pasukan AS untuk disahkan.
"Ia mengambil masa yang lama kerana kita terpaksa melakukan banyak kerja untuk menganalisis maklumat itu," katanya.
0 comments:
Post a Comment