Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 11, 2014

IBU TUNGGAL MENUMPANG DIPONDOK REHAT HUTAN LIPUR BESERAH DIBERI BANTUAN




Kuantan, 11 Feb - Wan Sairabanu Wan Teh, ibu tunggal kepada 7 anak dilaporkan telah menjadikan pondok riadah di 'Hutan Lipur Beserah' sebagai rumah mereka sekeluarga menginap sejak hampir 8 bulan lalu.

Menyedari kesengsaraan keluarga ini, Ketua Kg. Beserah Darat telah menghubungi pihak kerajaan supaya dapat memberikan bantuan bagi mengurangkan penderitaan yang mereka hadapi.

Justeru pagi tadi YB Dato' Abu Bakar Hj. Harun, Exco Kerajaan Negeri Pahang mewakili YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Multimedia beserta pegawai-pegawai Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Kemajuan Masyarakat telah mengunjungi beliau untuk menilai bentuk sumbangan dan bantuan yang dapat diberikan kepada mereka sekeluarga.

Menurut Ibu tunggal berkenaan, beliau dan anak-anaknya terpaksa menghuni pondok hutan lipur ini kerana tiada pilihan lain. Bagaimanapun beliau menyatakan akan berpindah dalam waktu terdekat sebaik saja selesai segala urusan berkaitan sewa rumah yang akan didudukinya itu nanti.

Beliau juga memaklumkan beberapa penduduk kampong telah berusaha membantu beliau dalam mendapatkan rumah untuk tempat tinggal di kawasan berhampiran dengan sewaan RM250 sebulan. Bagi punca pendapatannya akan datang, beliau berhasrat untuk mendapat peluang berniaga makanan sesuai dengan minat dan kemahirannya.

Dato' Abu Bakar juga mencadangkan agar Che Hishamuddin, anak bungsu ibu tunggal berkenaan diberikan peluang mempelajari bidang mekanik memperbaiki motor di mana-mana Institute Kemahiran Mara yang sesuai.











0 comments:

share2