Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 27, 2014

YAYASAN PAHANG BANTU LEBIH 700,000 RIBU PELAJAR



TEMERLOH - Lebih 700,000 pelajar di Pahang menerima pelbagai bantuan dan pinjaman pendidikan daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang sejak tahun 1983.

Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kerajaan negeri akan terus menyediakan peruntukan besar dalam pendidikan bagi membolehkan lebih ramai pelajar negeri ini mendapat peluang pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Yayasan Pahang memperuntukkan RM60juta hingga RM70 setahun bagi pinjaman dan bantuan kepada pelajar Pahang dengan separuh daripada peruntukan itu adalah bagi membiayai pengajian pelajar di luar negara.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Yayasan Pahang dan anggota Dun Lanchang berkata kerajaan juga memberikan pelbagai bantuan kepada para pelajar termasuk pakaian, peralatan sekolah, buku, wang saku, pengangkutan, makanan percuma dan yuran percuma demi memastikan semua pihak tidak tercicir dalam bidang pendidikan.

"Inilah kerajaan Barisan Nasional, yang lain belum tentu lagi," katanya lagi.

"Kerajaan negeri berharap pelaburan yang dibuat sekarang akan memberikan keuntungan berganda kepada negeri dan rakyat, apabila para pelajar terbabit kembali bertugas di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lanchang, di sini.

"Kita berharap mereka yang menerima pinjaman ataupun bantuan itu tidak akan mensia-siakannya dan apabila tamat pengajian nanti akan kembali menabur jasa serta berbakti kepada negeri," katanya lagi.

0 comments:

share2