Selepas 53 hari pelancaran Op Cantas Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantapkan usaha memerangi jenayah dengan memperkenalkan pasukan Cantas Khas Wanita yang memberi tumpuan khusus kepada keselamatan golongan suri rumah dan pelajar sekolah.
Anggota polis yang memakai pakaian operasi lengkap dan bersenjata mesingan MP5 seperti Unit Tindakan Khas (UTK) itu bakal memberi tumpuan kawalan keselamatan di kawasan sekolah dan perumahan serta lokasi-lokasi berhampiran.
Buat permulaan, pasukan tersebut terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, operasi pasukan khas itu akan tertumpu di kawasan sekolah menengah sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Katanya, pemantauan di lokasi tersebut bertujuan mengawal serta membendung kegiatan ahli-ahli kongsi gelap yang cuba merekrut pelajar sekolah.
"Kita akan pastikan tiada unsur-unsur kongsi gelap cuba mendekati pelajar di luar kawasan sekolah dan inilah tanggungjawab pasukan Cantas Khas Wanita untuk menanganinya.
"Selain itu, pasukan ini juga akan memastikan keselamatan suri rumah yang menjalankan aktiviti harian seperti ke pasar supaya mereka berasa selamat," katanya ketika ditemui semasa menyertai operasi pertama pasukan Cantas Khas Wanita berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rampai di sini hari ini.
Menurut Abdul Jalil, pihaknya mendapat maklumat terdapat cubaan kumpulan kongsi gelap yang cuba merekrut pelajar di luar kawasan sekolah khususnya golongan yang bermasalah.
"Kebiasaannya pelajar-pelajar ini akan diumpan dengan wang ringgit bagi membolehkan mereka rapat dengan ahli kongsi gelap," ujarnya.
Sementara itu, ketua pasukan Op Cantas Wanita, Inspektor Sharifah Fadzlon Syed Mohamed berkata, walaupun penampilan anggota wanita tersebut agak 'garang', namun rata-rata ibu bapa dan pelajar yang ditemui memberikan maklum balas bahawa mereka sangat mengalu-alukan kehadiran anggota wanita.
"Anggota wanita mengawal di sekatan jalan raya sudah biasa ditemui, tapi yang berpakaian lengkap bersenjata belum pernah ada lagi.
"Alhamdulillah orang ramai gembira dengan kehadiran serta penampilan seperti ini," ujarnya.
Mengulas mengenai perkembangan terkini Op Cantas Khas, Abdul Jalil berkata, secara keseluruhan operasi tersebut telah berjaya menurunkan kadar jenayah indeks sebanyak enam peratus sejak dilancarkan.
"Dalam tempoh sama, jenayah kekerasan menunjukkan penurunan sebanyak sembilan peratus manakala jenayah harta benda menurun sebanyak enam peratus," ujarnya.

0 comments:
Post a Comment