KUANTAN - Di saat umat Islam gembira menyambut kedatangan Ramadan, situasi berbeza bagi empat sekeluarga yang terpaksa menjadikan kawasan belakang Medan Sukma di Lapang Besar di sini sebagai tempat berteduh sejak sebulan lalu.
Mereka sekeluarga tiada pilihan selepas diarahkan mengosongkan rumah flat yang disewa sejak 22 tahun lalu.
Rosli Abdul Ghani, 49, berkata, dia dan isteri, Salbiah Mohamid, 47, bersama dua anak lelaki, Amirul Azhar, 14, yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pertuturan dan pendengaran dan Syamil Al-Muhaimim, 8.
Menurutnya, dia yang bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan tidak menentu buntu memikirkan nasibnya sekeluarga yang tiada tempat berteduh.
“Saya rasa sedih sambut Ramadan kali ini, kerana tak ada rumah dan terpaksa tinggal di sini.
“Walaupun tempat ini tak sepatutnya menjadi tempat tinggal tapi saya tak ada pilihan. Macam-macam usaha dan permohonan rumah dibuat tapi tiada pihak sudi bantu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rosli berkata, permohonan untuk mendapatkan rumah sebagaimana penghuni flat yang lain gagal diperoleh atas alasan dia hanya penyewa kekal.
Katanya, dia merayu kepada pihak berkenaan supaya mempertimbangkan permohonannya untuk mendapatkan rumah.
“Kedua-dua anak saya tak pergi sekolah sejak kami tiada rumah, nasib baik pihak sekolah faham masalah yang dihadapi, tapi sampai bila kami perlu hidup seperti ini.
“Saya juga tak boleh ke laut kerana bimbang tinggalkan mereka di sini,” katanya.
Rosli berkata, dia kini hanya menagih simpati rakan-rakan yang membantunya seperti memberi makan dan sebagainya.
Bagaimanapun, nasib mereka sekeluarga mendapat perhatian Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Mukim Beserah dan Sungai Karang (BAKKISS) yang diketuai, Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh.
Wan Azlan berkata, bantuan segera perlu diberikan apatah lagi hari ini umat Islam menjalani ibadah puasa.
“Saya merayu agar keluarga Rosli diberi bantuan sewajarnya kerana tempat ini tidak sesuai untuk dijadikan tempat tinggal,” katanya.

Ya Allah,semoga mrk dmurahkn rezeki pada bulan Ramadhan ini.. Aamiin..
Kpd keluarga tsebut,byk2 bsabr ye..setiap yg blaku pasti akn adew hikmah.. smoga Allah swt menghantar pihak ttentu yg dpt membantu keluarga anda..
Kpd pihak bwajib,pls take note dgn pkara seperti ini.