Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 20, 2013

PEMBANGKANG MAHU HANCURKAN UMNO DARI DALAM


Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung November ini akan menjadi medan terbaik untuk pembangkang memecahbelahkan parti dari dalam.  Memandangkan pembangkang telah kalah dalam PRU13 baru-baru ini maka sudah pasti mereka akan meneruskan agenda mereka untuk menghancurkan UMNO. Hanya dengan ini sahaja yang mampu melemahkan bangsa Melayu dan agama Islam. UMNO harus dimusnahkan bagi memastikan agenda DAP merampas Negara akan berjalan dengan lancar.

Sejarah telah membuktikan bahawa pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO telah membawa perpecahan dalam UMNO dan juga orang Melayu.  Walaupun menurut amalan demokrasi , semua jawatan disemua peringkat sepatutnya dipertandingkan namun ahli UMNO yang tidak mampu menerima kekalahan akan keluar parti dan menubuhkan pula parti lain.  Ini akan menyebabkan UMNO berpecah dan lemah.

Dalam keadaan senario politik masa kini, perpecahan dalam UMNO wajib dielakkan. Musuh-musuh UMNO terlalu ghairah melobi dan menghancurkan dan menjadi tangan-tangan ghaib untuk memusnahkan UMNO.
UMNO dianggap sebagai parti penjaga ketuanan Melayu.  Asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. UMNO  jugalah  yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang  Melayu dan orang Bumiputera.

Oleh itu seluruh ahli UMNO harus berusaha untuk lakukan apa sahaja demi memastikan kestabilan dan keutuhan UMNO.  Ianya parti keramat yang dapat memastikan kesinambungan ketuanan Melayu dan kemuliaan Islam di tanahair  kita ini.  Kita harus menyokong usul untuk tidak dipertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

2 comments:

  • Anonymous says:
    June 20, 2013 at 10:25 PM

    Dan mereka akan berjaya selagi ada PM yang lembik macam Najib yang tak de pendirian dan asyik bagi saja apa pembangkang minta.Najib must go!

  • Anonymous says:
    June 21, 2013 at 12:17 AM

    Najib must go? You go to hell idiot
    Go back to your motherland CHINA or INDIA

share2