Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 16, 2012

Hasan Ali Gegar Jengka Malam Ini


Hasan Ali akan menggegarkan Jengka malam ini 16.2.2012 (Khamis)dengan pendedahan isu semasa terbaru. Kehadiran Dr. Hassan Ali ke negeri Pahang adalah ditunggu-tunggu oleh rakyat Pahang kerana mereka dahagakan pendedahan tentang penyelewengan sebuah parti yang bergelar parti Islam.

Program ini dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Jengka, kawasan sekitarnya dan seluruh Negeri Pahang. Beliau dijangka akan membicarakan tentang isu pemecatan beliau dari PAS dan desakan supaya beliau melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

Marilah kita sama-sama ke Program Bicara Ummah untuk mendengar sendiri dari mulut Dr. Hasan Ali tentang perjuangannya mempertahankan Akidah, Syariah dan Akhlak. Semoga perjuangan beliau demi memartabatkan IMR (Islam, Melayu dan Raja-Raja) mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia tidak kira dari parti politik mana samada UMNO, PAS dan PKR.

0 comments:

share2