Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 2, 2012

RUSUHAN UPSI: LAPORAN PAHANG DAILY TIDAK BENAR




Laporan Pahang Daily Online dalam postingnya bertajuk: Panas: Video Demo UPSI, Pihak Polis Tidak Wajar Bertindak Keterlaluan Terhadap Para Mahasiswa yang tidak benar sangat dikesalkan. Banyak fakta yang tidak benar sama sekali telah dilaporkan bagi mengambarkan pihak Polis bersikap kejam terhadap mahasiswa yang merusuh pada malam menjelang tahun baru, baru-baru ini.

Mahasiswa yang cedera berkenaan bukanlah akibat dikasari oleh anggota polis, sebaliknya akibat menceroboh dan merempuh pintu cermin sebuah klinik dalam usaha mengelakkan ditangkap kerana gagal mematuhi arahan pihak polis.

Selain itu, jika diperhatikan betul-betul kepada klip video yang Pahang Daily Online sendiri sajikan, kita tidak nampak pihak Polis menangani rusuhan ini dengan kasar dan ganas sebaliknya mahasiswalah yang kelihatan bersikap terlalu provokatif.  (Baca kembali posting terdahulu)

Menurut Ketua Polis yang mentertai operasi berkanaan, tidak ada penglibatan dari pihak FRU seperti yang didakwa oleh mahasiswa dan pembangkang. Kesemua anggota polis yang terlibat adalah dari Balai Polis berdekatan. Jelaslah Pahang Daily turut menyebarkan fitnah yang dilakukan oleh mahasiswa dan parti politik yang ada dibelakang mereka bagi mencetuskan kebencian rakyat terhadap anggota polis dan kerajaan seterusnya.

Namun ini bukanlah pertama kali pihak Pahang Daily Online menyiarkan berita-berita yang tidak benar. Kita faham bahawa Pahang Daily Online ada berkepentingan dan muslihat tertentu dalam setiap berita-berita yang disiarkannya. Bagaimana pun kita berharap agar janganlah mereka melaporkan sesuatu yang keterlaluan tidak benarnya serta pembohongan yang terlampau semata-mata hanya untuk mendapatkan perhatian dari pembaca.

Apapun, kita berpendapat bahawa demonstrasi yang kononnya aman telah berakhir dengan rusuhan ganas para mahasiswa UPSI berkenaan tetap tidak wajar dilakukan sebagai seorang pelajar yang akan jadi pendidik anak bangsa pada masa hadapan. Jika inilah sikap dan perangai guru-guru yang bakal mengajar anak-cucu kita nanti, tidak dapat kita bayangkan apa akan jadi pada generasi itu kelak. Saya teringat kata-kata; Jika guru kencing berdiri, murid akan kencing berari...atau sebahagian dari sajak protes sutardji calzoum bachri yang berbunyi; Jika guru kencing berdiri, anak murid akan mengencingi guru....

0 comments:

share2