Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 11, 2011

PEMBANGKANG YANG PENING







1. Satu ketika dulu, pencacai pembangkang begitu beria-ia benar memfitnah kerajaan mengenai kapal selam yang ATM miliki dengan mengatakan bahawa kapal selam berkenaan tidak boleh menyelam. Maka penipuan itupun bersahut-sahutanlah diantara mereka. Merekapun mencacailah disana dan mencacailah disini sehinggakan si-penipu itupun sudah mempercayai penipuannya sendiri.

Baru-baru ini KM Pulau Pinang ( baca Pulau Pening ) telah dipelawa oleh Menteri Pertahanan untuk bersama-sama menyelam. Mungkin kerana kemalu-maluan maka tawaran berkenaan terpaksalah diterimanya ketika Langkawi mengadakan pesta tahunannya 'LIMA'.

Akhirnya kapal selam yang didakwa tidak mampu menyelam itu telah berjaya menenggelamkan Lim Guan Eng, dan turut tenggeklam bersamanya adalah pembohongan yang pihak pembangkang lakukan selama ini. ( Baca Sini   dan  Sini )

Kini rakyat seluruh Malaysia sudah semakin sedar bahawa pembangkang hanya pandai bermain kata-kata dusta mereka.


2. Akhirnya penyokong pembangkang terpaksa tertidur mendengar segala fitnah yang pemimpin mereka sebarkan terhadap kerajaan.

Bila TS Muhyiddin dalam ucapannya diperhimpunan UMNO ( Pemuda dan Wanita ) menyatakan perjuangan  mempertahankan UMNO adalah Jihad, Tok Guru ( Baca Tok Garu ) sudah jadi gelabah dan marah-marah seolah-olah bukan saja perjuangan agama hanyalah milik Pas bahkan perkataan Jihad juga hanyalah boleh digunakan oleh Pas sahaja.

Malangnya masih ramai yang masih tidak sedar bahawa mereka hanyalah alat para pemimpin mereka untuk berkuasa dan seterusnya Pas jadi alat untuk DAP menawan negara.

3. A.B.U. - Allah Berkati UMNO.....Aku Bersama UMNO!


0 comments:

share2