Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 1, 2011

Fuziah Salleh Ditangkap Kerana Buang Sampah Di The Mall ?


Sejak bermula PAU 2011, puak pembangkang merasa amat resah gelisah sekali. Ini kerana mereka sudah dapat tahu PRU akan menyusul. Mereka masih belum puas menjarah harta kerajaan negeri yang mereka tawan sejak PRU 2008 yang lalu.

Didalam kemeriahan PAU, ada pula perkara yang tak enak dilihat. Perkara itu adalah kisah taburan risalah risalah fitnah yang ditujukan kepada Dato Sri Diraja Haji Adnan. Risalah ini bertaburan di Kompleks membeli belah The Mall.

Kandungan risalah ini menyebut tentang Kilang Lynass, sepertimana yang diketahui oleh rakyat Malaysia bahawa isu kilang Lynas hanyalah cerita fitnah rekaan Fuziah Salleh semata mata. Selain fitnah basi kilang Lynas, ada juga fitnah basi iaitu isu kes saman yang melibatkan UMNO Pahang sebanyak RM72juta terhadap Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.

Ini satu cerita fitnah yang menjadi bahan tertawa orang ramai. Ini kerana kes ini sudah lama berlalu. Malah beberapa nama yang dikaitkan dengan kes ini juga amat bercanggah dengan hakikat sebenar.  Masalah kes ini sebenarnya bermula daripada syarikat itu sendiri.

Syarikat Seruan gemilang ada memohon tanah daripada Kerajaan Negeri Pahang. Tetapi pelan yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan adalah berlainan dengan pelan yang dipohon. Ini bermakna terdapat penyelewengan pelan didalam syairkat berkenaan. Oleh sebab itu syarikat ini tidak mendapat tanah tersebut.

Kes ini juga sebenarnya adalah dizaman Tun Khalil Yaakob sebagai MB Pahang. Jadi apa kaitannya dengan Dato Sri Diraja Haji Adnan ? Nampak sangatlah risalah ini fitnah besar. Bukan setakat fitnah malah nampak sangat orang yang membuat risalah ni bodoh bebal. Tak tahu fakta sebenar.

Tapi itulah. Kalau dah namanya fitnah, memanglah fakta dia tak betul langsung. Dia nak buat fitnah, akhirnya hancur sama sekali. Apabila tiba yang Haq, yang Batil akan hancur jua. Allah s.w.t melindungi kita semua daripada bahaya fitnah pembangkang.

1 comments:

  • Unknown says:
    December 3, 2011 at 10:30 AM

    Mohon share, tuan.
    http://www.facebook.com/DogAndPig#!/DogAndPig

share2