Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 16, 2011

Demi Kebajikan Rakyat, MP PAS Buka Rumah Urut Dekat Pejabat!!!



Rumah urut belakang pejabat MP PAS

Sulaiman Abdul Razak (Permatang-BN) pula mendedahkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, pusat hiburan kini menjadi mercu tanda di Kuala Selangor dan  mendakwa kewujudan sebuah rumah urut dua tingkat di belakang ibu pejabat milik Ahli Parlimen PAS.

Beliau berkata sebelum tahun 2008 tidak ada pusat hiburan sedemikian, malah turut dikesan 19 rumah tumpangan di Kuala Selangor  yang diragui sama ada mempunyai lesen yang sah atau sebaliknya.

Wong Kun Moon (Kuala Kubu Bharu-BN) yang turut bertanya soalan lisan kepada Ronnie berkata bahawa beliau bersedia untuk  membawa Exco berkenaan untuk meninjau kawasan pusat hiburan tersebut.

“Saya boleh bawa Exco untuk lihat kawasan pusat hiburan itu. Kalau kata polis tidak memberi kerjasama biar saya yang bawa. Kawasan  Sijangkang pun banyak, tidak perlu bukti lagi.

“Mana Exco (Ronnie) tahu polis tidak mahu bekerjasama dengan PBT? PBT yang sepatutnya bekerjasama. Ini PBT punya kuasa, polis  tidak akan tahu sama ada pusat hiburan itu ada lesen atau tidak,” katanya.

0 comments:

share2