Itu persoalan yang bermain diminda masyarakat apabila puak - puak PAS menyatakan bahawa Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan ke atas mereka yang bukan Islam.
Sebagai mana yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, hukum tersebut tidak akan dilaksanakan hanya untuk yang beragama Islam sahaja.
Ianya bagi menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS sebelum ini.
Harakahdaily turut memetik Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta Hu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, Hu yang menerajui dewan itu lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.Beliau juga mengingatkan Hu agar tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.“Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup,” katanya dalam satu kenyataan.“Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia.“Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS sama ada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan bukan Muslim,” kata beliau.Latif menambah, “pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan,” kata beliau.Oleh yang demikian, katanya, Hu selaku ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada bukan Islam agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti.
Maka perlu dijelaskan, dimana letaknya Keadilan Islam jika mereka yang bukan Islam terkecuali dalam perlaksanaan hukum ini?
Kita ambil contoh. Sebuah rumah dimasuki dua orang pencuri. Kedua - dua pencuri itu kemudiannya ditangkap serentak. Seorang beragama Islam dan seorang lagi bukan beragama Islam.
Kalau ikut hukum Hudud PAS, hanya pencuri yang beragama Islam itu sahaja akan dikenakan hukuman, manakala yang bukan Islam itu akan dilepaskan.
Adakah itu maksud mereka apabila menegaskan yang bukan Islam terkecuali dalam perlaksanaan hukum ini?
Kita perlu ingat, Islam itu adil. Perlaksanaan hukum - hukumnya juga perlu menyeluruh. Jika perkara seumpama ini dikecualikan, jadi dimana letaknya Keadilan Islam itu sendiri? Takkan nak letak bawah tapak kaki Mursyidul Am PAS tu kot!!!
handei aokme weh koi amat suka keje2 penerangan dan perjuangan hokyang aokme buat. penulisan amat baik. koi mintok aokme link lah kat blog koi weh. http://komesokmo.blogspot.com @komesokmo