Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 12, 2011

Anwar Tergamam Bila PKR Tolak Pandangan Ahli!!!


Apa lagi alasan yang mampu mereka berikan berikutan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh orang Nombor Dua Parti Kencing Rakyat ni?

Adakah mereka akan terus menuduh UMNO sebagai dalang untuk memecah belahkan parti itu? Adakah benar ianya satu konspirasi jahat UMNO kerana terdesak?

Tidak! Ianya bukan perbuatan orang luar yang meminggirkan suara ahli - ahli mereka. Tetapi pemimpin mereka sendiri yang menolak mentah - mentah suara akar umbi.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mendedahkan kontroversi berhubung gesaan untuk menyingkir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebenarnya muncul di kalangan ahli peringkat bawahan parti itu.
Bagaimanapun menurutnya, pandangan ahli parti agar kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar digantikan telahpun ditolak oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR.
“Mana-mana pihak yang kemukakan (pandangan) sama ada dalam memorandum atau luar memorandum kita bincang secara terbuka dalam kepimpinan parti di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat.
“Jadi soal pandangan yang diberikan oleh anggota parti harus kita raikan, tapi kita telah bincang dan muafakat bahawa Tan Sri Abdul Khalid akan teruskan sebagai Menteri Besar,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan sebuah blog berhubung wujudnya memorandum yang diserahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memecat Abdul Khalid sebagai MenteriBesar baru-baru ini.
Mohamed Azmin yang juga Ahli Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa sebelum ini sering dikaitkan dengan dakwaan terlibat dalam komplot untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Jadi, tak mustahil apabila pihak Utusan melaporkan wujudnya kekecohan dalam Mesyuarat Tahunan PKR Kuala Selangor baru - baru ini.

Kalau suara ahli - ahli pun mereka boleh tolak bulat - bulat tanpa sebarang pertimbangan yang sewajarnya, inikan pulak pandangan rakyat yang tak de kena mengena lansung dengan parti tu sendiri.

Apa hak orang luar untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap parti tersebut? Bayangkan. Sekarang pun diorang dah tolak suara ahli. 

Kalau mereka jadi pemimpin nanti, macam mana pulak? Adakah mereka akan terus mendengar pandangan rakyat apabila sudah berkuasa nanti? 

Jawapannya, tidak!!! Sedangkan sekarang diorang berceramah pun ikut sedap anak tekak diorang je. Bila masa diorang nak dengar suara rakyat!!!

0 comments:

share2