Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 25, 2011

100 Penduduk Sabah Sertai UMNO Di Kuantan


Seramai 100 penduduk dari Sabah yang bekerja dan tinggal di negeri ini menyertai UMNO apabila melihat parti itu mampu membela nasib rakyat di negara ini.

Majlis ringkas penerima borang kemasukan sebagai ahli UMNO itu diadakan di pejabat UMNO cawangan Taman Balok Makmur, di sini kelmarin dan ia disampaikan oleh salah seorang daripada mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Hazmi Mohd. Yusof.

Menurut seorang pengimpal besi, Rizal Hassan, 46, dia memilih UMNO kerana yakin parti itu berjuang dan memberikan yang terbaik kepada rakyat.

"Hanya dengan UMNO, nasib rakyat lebih terbela dan ini terbukti melalui pembangunan yang dilakukan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, seorang suri rumah, Suraini Abdul Kasim, 43, berkata, dia gembira kerana akhirnya dapat berjuang bersama parti itu.

Menurutnya, dia akan turut bersama parti untuk memastikan kemenangan UMNO dan merampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai oleh pembangkang.

Ketua Penaja cawangan itu, Harun Abdul Karim memberitahu, lebih 300 rakyat Sabah menetap di taman itu dan penubuhan cawangan tersebut memberikan peluang mereka untuk berjuang bersama UMNO.

0 comments:

share2