Maaf. Bukan Melayu CinDia yang gelar Dr. Asri bapak setan. Dr. Badrul Amin dari PKR yang cakap. Namun gelaran tersebut akhirnya ditujukan juga oleh beberapa Pemimpin DAP khas buat Dr. Asri. Semalam bekas Mufti Perlis ini telah membangkitkan berkenaaan perlaksanaan Hukum Hudud di peringkat Pusat.
Beliau memberi idea yang membuktikan tiada alasan bagi mana2 pihak yang memperjuangkan Hukum ini untuk melaksanakannya waimah pada era serba moden masa kini. Namun pandangan Dr. Asri ini telah menyebabkan DAP kembali menyalak dan berang. Umum mengetahui DAP tidak akan sama sekali melaksanakan apa jua sistem perjuangan yang tertumpu kepada Agama Islam semata2. Beberapa Pemimpin DAP peringkat akar umbi di Wilayah mendesak agar Dr. Asri menarik semula kenyataan mengenai idea perlaksanaan Hukum tersebut.
Dr. Asri juga telah membuat satu bentuk hasutan terhadap masyarakat agar membuat desakan Hukum tersebut dilaksanakan. Mereka memberi amaran kepada PAS agar tidak mengambilkira pandangan Dr. Asri kerana ianya tidak termaktub di dalam perjanjian bersama Pakatan bersama PKR. - Gelombang Rakyat
Bapak Setan. Baiknya gelaran yang diberikan oleh orang politik tertentu dinegara kita ini apabila mereka tidak bersetuju dengan sesuatu. Walaupun negara kita sudahpun maju tetapi pemikiran rakyatnya masih lagi berada dizaman jahiliyyah. Kata orang tua tua, kalau nak betulkan salah, orang yang menegur itu haruslah betul juga perangainya.
Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan, begitulah yang berlaku dinegara kita. Orang orang politik yang bercita cita hendak memerintah negara tetapi mempunyai akhlak yang buruk. Bagaimanakah rakyat hendak menjadi baik apabila pemimpinnya sendiri tidak baik?
0 comments:
Post a Comment