Kenyataan
Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan
Ismail
1. Hari ini keputusan
Mahkamah Tinggi dalam kes SRC International telah diputuskan, yang mana Datuk
Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah didapati bersalah di atas 7
pertuduhan.
2. Sebagai rakyat
Malaysia, kita wajar menghormati keputusan mahkamah dan menerima keputusan ini
dengan hati yang terbuka.
3. Walaubagaimanapun,
perjuangan Datuk Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak untuk mendapatkan keadilan
yang sewajarnya masih lagi diteruskan.
4. Masih terdapat
lagi ruang untuk beliau membela diri di atas pertuduhan-pertuduhan yang telah
dikemukakan oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia, di peringkat Mahkamah Rayuan
& Mahkamah Persekutuan nanti.
5. Sememangnya kita
simpati dengan nasib beliau, yang merupakan seorang pemimpin prihatin dan peka
terhadap kebajikan rakyat Malaysia, ini jelas ditunjukkan semasa beliau menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.
6. Janganlah kita
memberikan komen-komen berbaur ancaman atau kecaman terhadap mana-mana
institusi perundangan di negara ini. Sebagai rakyat, kita harus menjadi
pemerhati yang sabar dan percaya akan sistem perundangan negara yang telus dan
berintegriti.
7. Saya menyeru agar
semua rakyat Malaysia untuk bertenang, sabar dan teruskan berdoa agar keadilan
dapat ditegakkan, sekaligus kebenaran yang selama ini kita tunggu akan menjelma
jua.
8. Semoga Allah
memelihara dan memberikan kemudahan kepada Datuk Seri Najib Bin Tun Haji Abdul
Razak dan seluruh ahli keluarga beliau. InsyAllah.
0 comments:
Post a Comment