“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1441 Hijrah ialah pada 22 Julai 2020 Masihi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi
negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 31 Julai 2020,”
katanya menerusi pengumuman yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia
(RTM).
SUMBER – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment