Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan
Ismail berkata dalam keadaan ekonomi tidak menentu akibat Covic-19, Pahang
telah menerima pelaburan baru yang bernilai lebih RM91 juta dari Januari hingga
Mac 2020 pada tahun 2020 ini, melibatkan beberapa pelabur tempatan dan asing.
“Untuk makluman semua, sehingga akhir tahun 2019 berdasarkan
kepada laporan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pahang telah
meraih pelaburan dalam dan luar negara sebanyak RM9 billion, melibatkan 244
projek pengilangan.”
“ Daripada nilai keseluruhan
ini, RM5 bilillion ialah pelaburan tempatan manakala RM4 billion ialah
pelaburan asing.”
“Angka ini dijangka akan bertambah lagi hingga penghujung
tahun 2020”.
Menteri Besar berkata demikian dalam perasian Program Mini Keterlibatan
SIRIM –INDUSTRI 2020 peringkat Negeri Pahang di Kuantan.
Beliau berkata selain daripada sektor pertanian, kerajaan
negeri juga menitikberatkan perkembangan sektor perindustrian di Pahang.
Ini kerana, sektor
perindustrian ialah pemangkin kepada ekonomi negara sekali gus membantu
peningkatan ekonomi di setiap negeri.
SIRIM Berhad diharap bersama-sama Kerajaan Negeri
membangunkan industri yang lestari dan memastikan pelaburan yang masuk ke
Negeri Pahang mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan bagi memastikan
Kelestarian Pembangunan Industri adalah terjamin.
Selain itu Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata bantuan
teknologi yang dibangunkan dan diusahakan oleh SIRIM dapat meningkatkan
berdaya saing syarikat untuk menembusi pasaran yang lebih luas lagi bukan sahaja
pasaran tempatan malah dapat membantu menembusi pasaran ke peringkat
antarabangsa.
Ini terutamanya
kepada Industri Kecil dan Sederhana (I.K.S) dan mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan yang lebih baik kepada penduduk setempat.
0 comments:
Post a Comment