UMNO sudah pun bersiap-siaga untuk PRK DUN Chini. Secara
memenuhi SOP PKPB jentera telahpun digerakan.
Walaupun ada beberapa parti politik telah mengistihar tidak
bertanding kerana mengambil kira Penularan covid19. Namun YAB Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Pahang tetap mengatur persiapan rapi melalui jentera sedia
ada.
Tidak menolak kemungkinan ada calon² Bebas dan sebagainya
bakal menawarkan diri. Ini sebenarnya hanya mendedahkan rakyat kepada penularan
dan negara kepada beban perlaksanaan PRK.
Namun atas semangat perjuangan serta tradisi mempertahankan
rakyat melalui sistem demokrasi maka UMNO Pahang telahpun mengatur langkah
untuk mengharungi PRK ini dengan stratigi yang tersusun rapi.
Kita tidak mahu mempersiakan kehendak pengundi dan kita akur
kepada suara mereka.
Selaku Penerangan UMNO Pahang mengucapkan tahniah diatas
langkah bijak YAB Dato Sri Wan Rosdi Wan Ismail selaku Pengerusi Perhubungan
yang telah membuat keputusan tepat. Dua dalam satu. Pertama memberi saranan
kepada mana² parti agar memberi laluan kepada BN dengan alasan² yang sangat
munasabah dan memberi rasional kebaikan kepada semua pihak. Dan kedua tidak
pula berlepas tangan walaupun telah mendapat perakuan dari parti² lain untuk
tidak bertanding. Benar kerana dengan bersiap siaga bukti kita tetap menyantuni
demokrasi serta kemahuan rakyat.
Dato Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad
Ketua Penerangan UMNO Pahang
0 comments:
Post a Comment