UMNO dijangka memperkenalkan calonnya untuk menghadapi
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 18 Jun ini.
.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata
pengumuman itu akan dilakukan di Pejabat UMNO Bahagian Pekan.
.
Beliau berkata, UMNO tidak memandang mudah sebarang saingan
yang bakal wujud pada PRK DUN Chini, walaupun kawasan itu adalah kubu kuat
parti berkenaan.
.
"Memang kubu UMNO tetapi kami tidak pandang mudah, akan
bertanding betul-betul dan berlawan juga walaupun nanti, mungkin ada calon
bebas.
.
"Soal calon, kami serahkan kepada kebijaksanaan parti
namun yang pasti kita akan letakkan calon terbaik," katanya, di sini, hari
ini.
SUMBER : UMNO PAHANG
.
#Chini4BN
#MuafakatDemiKestabila
#MajuTerusPahang
0 comments:
Post a Comment