Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 13, 2020

PENGIRAAN KAEDAH PRORATA BIL TNB – PENJELASAN TNB




Penjelasan TNB telah di wawarkan dalam banyak posting media social dan yang paling jelas adalah seperti kenyataan  dalam Whatsapp seperti di bawah:
  

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Aduan pengiraan bil secara terkumpul atau lump-sum adalah TIDAK BENAR. TNB menggunakan kaedah pengiraan yang adil.


TNB menggunakan kaedah prorata dalam pengiraan bil di mana jumlah penggunaan elektrik untuk 3 bulan akan dibahagi 3 dan barulah dimasukkan ke blok tarif yang berkenaan. Ini bermaksud kiraan bil TIDAK dibuat berdasarkan jumlah bil yang terkumpul atau lump-sum seperti yang didakwa.


Kaedah prorata akan memastikan pengguna akan dicaj mengikut blok tarif yang sepatutnya. Sebagai contoh sekiranya penggunaan elektrik pengguna untuk 90 Hari adalah 900kWh, maka ini akan dibahagi 3.
Bermaksud, penggunaan setiap bulan adalah  300kWh sahaja.


300kWh inilah akan dimasukkan ke blok tarif yang berkenaan. Ini bermakna pengguna akan dicaj mengikut blok tarif yang sepatutnya. TNB menggunapakai kaedah prorata ini untuk pengiraan bil pengguna.


Sekiranya jumlah terkumpul diambil kira seperti yang didakwa, ini bermakna pengguna akan dicaj berdasarkan 900kWh dan jumlah ini dimasukkan ke blok tarif. Ini akan memberi jumlah bil yang tinggi dan tidak adil kepada pengguna. TNB TIDAK menggunakan kaedah ini.


Kaedah prorata yang digunapakai oleh TNB adalah jelas adil dan tidak membebankan kepada pengguna. Kaedah ini juga telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan digunakan oleh kebanyakan syarikat utiliti luar negara seperti Eropah dan Australia.


Dakwaan bahawa TNB menggunakan jumlah terkumpul untuk pengiraan bil adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI!


Untuk sebarang pertanyaan mengenai isu bil, pengguna boleh hubungi 1300885454 atau emel tnbcareline@tnb.com.my atau terus ke Kedai Tenaga yang berdekatan dimana penjelasan yang terperinci boleh diperolehi.


Diharap pengguna dapat menilai sebarang maklumat yang diterima dalam media sosial sebelum memanjangkan kepada orang lain. Jika mereka merasakan bil mereka tidak tepat, terus salurkan pertanyaan mereka ke pihak TNB untuk pemeriksaan selanjutnya.

0 comments:

share2