Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 27, 2020

KENYATAAN MEDIA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUANTAN


1. Pemuda UMNO Kuantan menzhirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Irwan Herman Kamaruddin (41 tahun) yang juga merupakan kakitangan syarikat alam flora. Allahyarham telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu mabuk. Pemuda UMNO Kuantan mendoakan agar Allah S.W.T mencucuri rahmat kepada Allahyarham Irwan Herman Kamaruddin dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

2.  Pemuda UMNO Kuantan menyambut baik tindakan YB Dato’Sri Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan bagi merujuk kembali peruntukkan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333).

3. Sebagai cadangan, pindaan  perlu dibuat pada seksyen berikut:

I. Seksyen 41(1) (Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan)
II. Seksyen 44 (Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah)

4. Hukuman bagi pesalah yang melanggar undang-undang di bawah seksyen terbabit perlu ditingkatkan sebanyak lima kali ganda, denda sehingga RM100,000 dan penjara maksimum 20 tahun. Hal ini kerana undang-undang sedia ada hanya menghukum pesalah tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 20,000. Hukuman ini tidak setimpal dengan kesalahan yang telah dilalukan sehingga meragut nyawa sesetengah individu. 

5. Had penjualan alkolhol kepada rakyat berumur 21 tahun ke atas perlu dikembalikan semula. Pada tahun 2017 had umur telah diturunkan kepada 18 dan telah memberi satu persepsi buruk kepada masyarakat di luar sana.

6. Selain itu, penjualan alkohol secara bebas dan terbuka di beberapa kedai serbaneka perlu dihentikan.  Penjualan secara terbuka menyebabkan rakyat bebas membeli minuman beralkohol tanpa menghiraukan undang-undang sedia ada

7. Justeru itu, Pemuda UMNO Kuantan berharap, kerajaan tidak akan memandang enteng permasalahan gergasi yang kian membarah pada hari ini. Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi sehigga meragut lebih banyak nyawa yang tidak bersalah.

MD JAMIL BIN PAUZI
KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUANTAN

0 comments:

share2